Salam kepada semua rakan yang mengenali diri ini. Aku mulakan coretan ini dengan sedikit tentang sejarah hidupku.
Nama aku Rosdi Bin Mat Diah. Aku dilahirkan di sebuah perkampungan yang terletak di Jerantut, Pahang. Tempat kelahiranku..diberi nama Kampung Temin..
Ketika usiaku memasuki 3 tahun, ibu kesayanganku pergi menemui Illahi. Ibuku pergi menemui Maha Pencipta setelah melahirkan adik bongsuku. Setelah itu, bapaku berkahwin dengan seorang wanita kelahiran Tumpat, Kelantan. Mulai saat itu, aku mendapat ibu baharu. Seorang ibu tiri. Saat itu juga, aku rasai diri ini menemui pengganti kepada ibuku. Tapi kata orang kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.
Sekiranya kalian pernah menonton cerita 'Ratapan Anak Tiri', begitulah yang aku rasai. Oh, ya terlupa pula untuk aku ceritakan. Adik bongsu aku telah dipelihara oleh datuk saudara aku. Hanya aku dan kakak sulungku yang tinggal bersama ayah dan ibu tiriku.
Berbalik kepada kehidupan aku bersama ibu tiriku. Sebagaimana lirik kata 'Ratapan Anak Tiri' (ibu tiri hanya sayang kepada ayahku sahaja)... aku sambung kemudian